8thPLORACE merupakan satu projek berbentuk permainan yang mengandungi pelbagai tugasan yang mencabar kecergasan fizikal dan kemantapan intelektual. 8thPLORACE adalah berkonsepkan ‘treasure hunt’ dan seperti rancangan realiti televisyen ‘The Amazing Race’. Setiap peserta di dalam satu kumpulan akan bekerjasama menyelesaikan cabaran-cabaran minda dan fizikal yang tertentu untuk melepasi setiap ‘checkpoint’.

Projek 8thPLORACE ini telah dimulakan pada sesi 2005/2006 sebagai salah satu sub-projek di bawah Minggu Eksplorasi Minda (MEM) Kolej Kediaman Kinabalu. Setelah dua sesi bernaung di bawah MEM, 8thPLORACE kini menjadi projek tunggal berikutan sambutan hangat yang diterima daripada warga universiti dalam tempoh tersebut. 

Pada sesi lepas, 8thPLORACE telah mengalami satu perubahan besar yang mana projek ini tidak lagi berlangsung di dalam Universiti Malaya bahkan tidak lagi disertai oleh pelajar Universiti Malaya sahaja akan tetapi penyertaannya telah di buka kepada IPTA/IPTS di seluruh negara yang tertumpu di selatan Semenanjung Malaysia. Pada sesi yang lepas juga, projek ini telah berlangsung dengan jayanya di Taman Pertanian Seri Cahaya Shah Alam (Bukit Cerakah). Projek 8thPLORACE pada sesi yang lalu juga telah dianugerahkan sebagai projek terbaik Kolej Kediaman Kinabalu, Universiti Malaya dan kami berharap kejayaan ini dapat kami ulangi sekali lagi.

Kejayaan kami dalam mengendalikan 8thPLORACE telah membuktikan bahawa kami berkemampuan menerima cabaran untuk menjadikan projek ini sebagai sebuah projek yang lebih berjaya. Projek yang telah berjaya menjadi projek terbaik pada tahun yang lalu ini, akan kami pastikan ianya diteruskan lagi dengan usaha yang lebih gigih supaya kejayaan yang sama akan dikecapi pada sesi ini. Dalam program ini, bukan sahaja ketahanan mental dan fizikal yang diuji, malah pengalaman dan kerjasama antara pasukan juga dapat dipupuk daripada program ini.

 CADANGAN PEMBAHARUAN PROJEK

Pada sesi kali ini, projek 8thPLORACE akan di suntik dengan beberapa elemen pembaharuan untuk menjadikan projek ini lebih menarik dan mencabar ketahanan mental dan kekuatan fizikal para peserta. Walau bagaimanapun, kami masih mengekalkan beberapa elemen yang diperkenalkan pada sesi yang lalu iaitu kami masih mengekalkan penyertaan daripada IPTA/IPTS dari seluruh negara. Elemen lain yang masih dikekalkan ialah kami juga tidak akan menjalankan program ini di dalam kawasan Universiti Malaya bagi mengelakkan program ini disangka sebagai program yang berat sebelah dan tidak adil.

Apa yang dikatakan sebagai suntikan elemen baru terhadap projek 8thPLORACE ini ialah, kami sedia untuk mengeluarkan program ini daripada kawasan yang tertutup seperti Taman Pertanian Seri Cahaya kepada kawasan yang lebih luas dan terbuka dan tempat yang dicadangkan ialah sekitar bandaraya ibu negara Malaysia iaitu Kuala Lumpur. Kami mendapati kawasan ini sangat sesuai untuk program ini yang dilihat lebih realiti dengan cabaran yang akan dihadapi justeru membawa kepada peserta untuk lebih mengenali dan mencintai ibu negara kita yang sarat dengan tempat-tempat menarik seperti Pasar Seni, Sogo, Dataran Merdeka, Tugu Negara dan tempat-tempat lain yang boleh dieksploitasikan kepada tempat yang penuh dengan cabaran di tengah-tengah kesibukan ribuan penghuninya. Selain itu pihak kami juga dapat mempromosikan bandaraya Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia yang memiliki pelbagai tempat-tempat menarik yang perlu dikunjungi dan dilawati.

Antara pembaharuan lain yang kami cadangkan ialah, kami tidak lagi menggunakan sistem pengiraaan mata dan kepantasan peserta untuk mencari juara, tetapi kami akan menggunakan sistem penyingkiran  bag

 
Make a Free Website with Yola.